Wednesday 27 November 2013

AHAN SUKA MAKAN BUAH STRAWBERRY

Salam

Semalam kan kita satu family celebrate birthday masing-masing.

Birthday abah, birthday ibu dgn birthday ahan.

Abah belanja kek blueberry cream chesse cake…

sedap…nyam..nyamm

Ada strawberry atas kek tu, ahan botak suke sgt makn buah tu….


Nanti ibu srh abah belanja ahan makan strawberry lg ye….hihihi


HAPPY BIRTHDAY....

CHECK DULU KOT-KOT BURUK KE...HIHIHI

IBU, AHAN MAKAN TAU

NYUMMMMMM....

NAK POTONG KEKKKKKK

Saturday 16 November 2013

selamat hari lahir abah farhan

selamat hari lahir abah


hari ni genap la umur abah 27 tahun
abah, ibu doakan hubungan kita kekal hingga sampai bila2.

semoga abah sentiasa bahagia dengan ibu dengan anak-anak (budjet cam nak tambah ank je..hihihi)

amin.....

Wednesday 13 November 2013

Selamat hari Lahir untuk diri sendiri..huhuhu ;)



Salam uloss..

Hari ni, 13.11.2013 genapla umur aku 27 tahun…

Dah nak masuk 30 ni, dah tua ke? Xla sape ckap tua???...dah makin matang kot.

Dah xde orang nak wish birthday so kita wish untuk diri sendiri 
la….selamat hari lahir Haliza

Semoga panjang umur, murah rezeki, sihat tubuh badan dan semoga menjadi ibu dan isteri yang baik di dunia da akhirat.


Abah terima kasih sangat sebab bagi birthday present kat ibu, nnt ibu gaji ibu belanja abah dengan farhan.


ni la hadiah abah bagi

ni pulak (pic kt deskop tepon) hadiah abah bg untuk seumur hidup

Monday 11 November 2013

selamat hari lahir farhan botak..

salam semua..


hari ini 11.11.2013 genap farhan mikail umur 1 tahun...
Farhan, ibu dgn abah doakan farhan jadi anak yang soleh, yang bertangjawab, dan ibu harap sangat farhan jadi anak yang mendengar kata ye sayang...huhuhu (tiba-tiba rasa sedih la pulak...huhuhuh)

ibu minta mmaf sbb tak boleh nak luangkan masa dengan farhan, tiap hari kena hantar farhan kat rumah pengasuh..boleh main-main dgn farhan pun malam je kan???

nanti bila ekonomi famili kita dah ok, bila ibu dah xyah keje, insyaallah ibu akan jaga farhan sebaik mungkin

ni lagu untuk farhan tau.

Allah selamatkan kamu
Allah selamatkan kamu,
Allah selamatkan kamu, farhan mikail..
Allah selamatkan kamu............








Wednesday 30 October 2013

abah beli kete baru???

Abah beli kete???!!

Tajuk tak boleh blah..macam la kami ni kaya sangat kan?? Cukup la dengan apa yang ada kan

Abah beli kete tapi beli kat farhan…tak beli lagi, Cuma pergi servey-servey je.
Semalm kita g servey kt Giant shah alam, lepas balik keje trus kuar, nanti takut balik lambat cian pulak dgn farhan.

ahan nak yang mana? pilih cepat, ibah bayar nanti

Xlama lagi, farhan dah nak masuk satu tahun, sebab tu la nak bagi present kat dia.
Tak tahu nak beli ape, so beli je la kete tolak kat dia..

Tp bila piker-pikir balik, farhan dah boleh jalan so rasanye mesti tak lma dia nak pkai kete tu kan?

Tp xpe lah, beli je la..cian pengasuh asyik kn dukung je



pon..pon..ponnn..ponnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

anak ibu dah besar dah...

Tuesday 29 October 2013

ahan dah boleh jalan

Ahan dah boleh jalan

Salam semua..salam selasa
Bulan depan farhan dah masuk satu tahun, Alhamdulillah anak ibu dah besar dah boleh jalan pun.

Walaupun ahan ni nakal tp seronok tgk peragai dia dan semua org suke dia.

Sampai pengasuh pun cakap kalau petang-petang senang nak jg farhan sbb jiran-jiran suka datang  ambik main dgn dia. Tapi kan anak ibu ni tak boleh lagi panggil “ibu”, asyik panggil “abah” je.

Harap sangat anak ibu boleh panggil “ibu” bila dia dah genap setahun nanti.

jom tengok anak ibu berjalan ye..







*mentang-mentang la dah boleh jalan, asyik nak jalan je

Thursday 24 October 2013

main air kat PD




Salam semua

Selamat hari jumaat


Hari in ink cite pasal cuti2 main air. Cite ni cite lama, 2 minggu lepas punye cite tapi baru hari ini nak post sebab baru ada mood nak menaip.

Hari tu hari ahad, abah kejut awal pagi nak ajak peri pD tp sbb mood xde so malas la nak bangun awal2 ni.

Dalam pukul 10 kita kuar breakfast, abah merunggut cakap “ibu la ni abah ajak kuar, xnak”.

“ xpe lah, lps breakfast ni kita balik ambik baju pastu pg PD.

Dalam pkl 12 kita sampai sana, dan bermula lah episode main air..angin agak kuat pastu ombak pun agak tinggi, tapi xkira la ape2 pun tetap main air.
Ibu dgn farhan je main air, abah xde pun sbb abah cakap nnt malas nak salin baju



Dalam pukul 4 kita dah bertolak balik …bye-bye..




shonoknye dia main air....






bye-bye..ahan nak balik dah


Thursday 10 October 2013

perasaan marah

salam jumaat semua.

hari jumaat ialah penghulu segala hari, hari yang baik, xboleh nak marah2 hari ni ye..
tapi malangnye, en3 ni nak cite pasal ape yg  terjadi tadi..

marah...marah..marah...

citenye cam ni, aku ni admin so ape2 phone call akn masuk kt tempat aku dulu la. semalm ada seorng lelaki ni call, 3 kali dia call untuk ckp dengan orang ni, tapi tiap2 kali aku nak tranfer call org tu mesti engage..
so si lelaki ni tinggalkan pesan.
aku dah pun sampaikan pesan tu.

pagi ini, lelaki tu call lagi, bila aku nak tranfer call, engage lagi
so memang tak pasal2 aku kn marah sebab dia ckp aku menipu, dia kata xkan tiap kali call engage je, aku ni xsampaikan pesan dia ke.

aku pun mula nak marah sbb aku dah sampaikan pesan, kalau orang tu xnak return call xkan aku nak paksa.

aku faham llki ni ada benda yang nak disettelkan tp oleh sebab panggilannye tidak dijawab dia pun jadi marah 
dan  aku pulak  jadi mangsa.

sejujurnye aku ni nak marah kat leleki tu pun ada, nak marah kat budak office ni pun ada..aku thu dia de masalah sendiri nape dia xnak call tp cb la pikir cikit yg aku ni pun de masalah jugak. 

jenuh la kalau tiap2 hari nak kn dengar org cakap buruk-buruk kat kita.
sabar aku pun ada tahap jugak, aku pun bukan malaikat nak dengar je orang marah-marah aku.

dan disebabkan oleh perasaan marah ini lah, aku jadi tak boleh nak tengok atau nak bersemuka dengan budak office aku ni, sebabnye aku rs mrh kat dia, sbb dia aku xpasal2 aku kena marah 




Wednesday 9 October 2013

nak balik raya wa..wa..wa.wa

salam semua

minggu dpan dah nak raya kan?
mesti ramai yang plan nak balik kampung kan?
aku pun nak balik kg jugak, nak bawa farhan jumpe tok dia. cuti pun aku dah apply tapi malangnye, abah dia tak boleh cuti

sangat lah kecewa sampai dah 2 hari xcakap dgn abah dia.
abah keje malam jd xblh cti, dia tnya kalau nak balik kampung nnt dia ambik halfday hari isnin,
disebabkan aku ni tgh marah,, aku pn terlepas ckp " wat pe  nak ambik halfday, dah la keje mlm, pkl bape br nk blik? pkl bape br nak bertolak balik kg?
hari sabtu dgn ahad, cam ne? wat rugi je ddk KL..
abah ckp sabtu dgn ahad pun dia kn keje.

oleh yang demikian, xyah la nak mimpi balik raya kan,? dah la turn balik kedah plk tu..sedih la sangat....


Thursday 3 October 2013

ahan deman

salam

lama dah x update blog ni.
bukan xtak update, tapi sibuk sikit. banyak benda nak luahkan dalam blog sbb banyak sangat dah benda terpendam dalam hati ini, tapi xpe lah kita simpan dan sabar selagi mampu.

dalam entry ini nak cite pasal farhan, sekarang ni mugkin musim demam kot, abnyak sungguh budak demam.
macam kat rumah pengasuh tu pun de yang demam, termasuk pengasuh pun demam jugak..tapi nasib baik dia tak ambik cuti kalau tak aku pun kena cuti jugak kan??

dalam 3 minggu lepas farhan kena demam campak, ingat lagi hari tu legi kendui kat rumah abg ipar, watu otw balik badan farhan panas, pg klinik tgk suhu dah sampai 39. pas2 pe lagi kena la mauk ubat bontottt...
pas2 besok pagi perasan badan dia penuh dgn bintik2 merah, pergi klinik mmg confirm kn dmm campak so aku terpaksa cuti sebab pengasuh tak boleh jaga, takut bejangkit kat anak orang lain.

2 hari lepas pulak badan dia panas lagi, suhu 39,
farhan..farhan..kalau demam confirm suhu pastu bawa pergi klinik untuk masuk ubt bontottt..
balik rumah doktor nasihatkan untuk dia mandi pastu main bawah kipas sebab nak bagi suhu turun.
pagi tadi badan dia panas lagi, sedih rasa sebab dia asyik merengek je, kalau deman tu boleh di tranfer, dah lama aku tarik demam tu tau.
farhan memang anak yang nakal, selalu jugak marah dia tapi rasa susah ahti pulak bila dia kn demam macam ni. tapi alhamdulillah farhan jenis yang tak takut ubat dan senang makan ubat.

anak ibu, Farhan Mikail bin Mohd Shahril, cepat sembuh ye syg.






Wednesday 11 September 2013

kerje..kerje..and kerje...

Salam ulous…







Lama dah tak merapu kat sni, sekarang ni bzzz sgttttttttttttt…

Tambah pulak tension dengan keje yang banyak..

Hari ni de org tegur” nape muka Nampak tension sat”

Mmg rasa tension dgn keje dan jugak dgn peragai orang yang macam-macam






Rasa cam nak  berhenti kerja pun ada..

Monday 26 August 2013

kunci rumah hilang

                                    Selamat pagi..
Sebenarnye kana da bnayak benda nak cite tapi mudd nak menaip   xde.
So n3 ni aku nak cite pasal kejadian semalam, aiatu kunci rumah hilangggg….hilang kemana? Jatuh ke? Tertinggal kat office ke?

Jawapanye ENTAH LAAAAAAAAAAA

Semalam office wat pot luck raya + birthday party, dalam pukul 630 pm aku balik rumah, pastu terus pergi ambik farhan
Semalam abah farhan balik lewat, dalam pukul 730 dia sampai, dia terus pergi ruamh pengasuh amik aku end farhan.kitaorang pergi klinik kejap sebab nak ambik ubat farhan, dia batuk.

Bila dah sampai klinik ramai la pulak orang, rasanya dalam dalam pukul 9 cam tu baru kami kuar klinik.

Balik pulak singgah kat kedai makan jap sbb abah dia lapar. So dari pukul 630 ptg memang kami tak balik rumah la.
Pukul 1030 malam sampai rumah, abah tnya kunci mana, masa tu la aku teringat kunci rasanye aku tertinngal kat motor.so turun jap tgk kat moto xde, dalam hand beg pn xde, kat office pun seingat aku memang xde.

So sah2 la kunci rumah hilang, dah la penat, badan pulak dah berpeluh satu badan, ingat nak balik rehat, mandi, tidor tp kunci plk hilang.
Abah suruh bawa farhan pg rumah CIK HAWA jap sbb farhan dok merengek, so aku pg sana bagi dia mandi.

aBah pulak dok bersungguh buka pintu tp xblh. Pintu rumah tu ada 3 mangga, 2 mangga ada kunci spare tapi satu ni xde kunci spare.
Aku thu sebenarnye abah marah, tapi abah ni jenis pendiam so aku pun x bnyak ckp sangat.

Sampai pkl 1130 pun xblh buka jgk, aku sampai pinjam hammer kt rumah jiran untuk tolong abah ketuk manga tu tp tak Berjaya jugak.
Sebenarnye dalam hati ni nak srh abah ketuk guna hammer tp abah cakap tak boleh sbb manga ni jenis kuat, and dalam ( sebenya dia cakap je, ketuk xpun). Oleh sbb aku malas nak bertekak dgn dia dan dia pun dah macam fed up je so aku diam je la.
Dia ckp kt aku cb call office kot tinggal kinci kt office, aku call xde org angkt, cll org yg stay area office pn xangkt.

Last aku call kak Lin(pengasuh farhan) Tanya kot aku teringgal kunci ke, dia ck xe.
Then aku tnya ada gergaji x, dia tnya kunci hilang ke? Aku jawb Yeeeeeeeeee ( nada letih)

Dalam 5 minit dia datang, bawa geng lagi.
Si mamat ni dia ketuk guna hammer 4 ke 5 kali je dah teburai magga tu.
(aku dalam hati ni kalau la abah ketuk kuat lagi tadi confirm dah boleh buka, tapi sbb aku malas nak cakap aku so diam je la)

Dah terburai je manga ni, diorng balik and aku pun cakap la “terima Kasih”.
Tepat pukul  12.00 kami masuk rumah..

Aku pergi ambik farhan kat rumah hawa then terus masukkan dalam buai, terus pekam mata tido, buju pun xpkai, pampes pun tak pakai.

Abah pun xde kuar sepatah perkataan pun, aku pun diam je..masing-masing tido tanpa cakap ape and semuanye terpendam dalam hati masing-masing.
Pagi ni datang office, cari kunci xjumpe, so xthu la mana kunci rumah dah hilng.


End off story.

Sunday 18 August 2013

cite sibudak kecik nak belajar berjalan

Salam aidilfitri semua..maaf zahir , batin xyah ea…hihihi
En3 kali ni nak cite pasal si kecik farhan belajar berjalan, hari sabtu hujung minggu lepas, kitaorang bawa si farhan ni jalan-jalan kat padang kat shah alam.


Saja nak bawa dia, abah dia cakap nak ajar dia berjalan, maklumla si farhan ni dah nak masuk 10 bulan tp Cuma baru boleh meniarap dengan duduk je, merangkak tak boleh lagi.



So kita layan la pic dia yang main-main sambil jalan, baru jalan 2,3 langkah dah berhenti main2, pas2 sambung jalan pulak.

Monday 12 August 2013

Monday 29 July 2013

daiRY 3 HaRY BerCUti

Jumaat

Minggu lepas abah habiskan gaji ibu so minggu ni  turn ibu hbiskan  gaji abah  pulak,
Abah dah janji nak bli kasut dengan handbeg, so bak kata PM kita Janji harus ditepati.

Aku xde la beli kasut mahal pun, beli kasut kat BATA je, hand beg pun kat BATA.
Kasut wane biru, handbeg pun wane biru.




Sabtu

Hari sabtu, aku dengan husband decide nak pergi Mydin Subang, nak beli barang dapur cikit.
Elok sampai je sana, amk aih ramai sungguh org, parking pun penuh, pusing punya pusing xjumpe parking kosong so aku pun ajk la encik suami pergi PKNS Shah Alam, saja-saja jalan cuci mata.


tak sempat nak snap dah lari...




Kat sana kan banyak orng jual baju raya, memang lawa la baju yang dijual kat sana tapi harga pun lawa jugak semuanye dalam 150.00 ketas.
Dah sebab poket pun makin nipis aku pun cm jalan-jalan je, dah sebab xtahu nak pergi mana aku pun ajak suami buka puasa kat sana je. Restoren ape tah namanye, aku pun xbape ingat.
Ada makanan buffet, encik suami ambik lauk asam pedas ikan pari, sambal ikan keli dengan sayur, aku pulak order koew tiew ladna je, desert kami ambik pudding karemel dengan kuaih ape tah.




ini ibu punye koew tiew ladna

Air aku order carot susu, husband order tembikai laici.
Untuk si farhan pulak aku beli kuaih sagu yang wane merah 2.
Oleh sebab kami sampai awal dan tak thu nak pergi mana, kami pun duduk je kat kedai tu sambil tengok org lalu lanag, yang si farhan ni pulak xnak duduk, asyik merengek je. Abah dia bawa jalan pun xnak, kalau ikut schedule dia time tu sepatutnye dia tido, sebab tu la dia dok wat peragai sebab dia tak boleh tido.





abah kena pangku fahan

Abah dia la tukang layan, aku xlart nak layan sbb penat puasa…hahaha budget betul.
Pi mai pi mai pimai last tido jugak dia, tido atas abah dia, cian abah makan sambil pangku anak.
Tp lps aku hbs makan aku pulak pangku dia.
Dah setel makan kami pun balik tp singgah Mydin dulu nak bli pampes di Farhan ni, dalam pukul 10 lbh jgk la kami sampai rumah.


                                                              Ahad.
Hari ahad awal jugak kami kuar, mula pergi ambik baju rya, then pergi cari lace nak tampal kat baju sebab baju aku tu simple sgt, terlalu kosong.
So ajak la si husband pergi Jakel Shah alam, ramai jugak la org kat sana.
Lace kat tingkat 4,aku ni niat dihati nak cari lace yang murah-murah je dalam 50.00 hinggit tp mak kau si sales girl ni tunjuk lace yng harga 300.00 hinggit, memang la cantik tp tak berbaloi kot.
Baju aku pun xsampai 300 ni nak pkai lace harga 300.00.
Terkubur la niat nak beli lace, balik je la………..


nak beli tp dah xsempat, minggu depan dah nak balik kg..huhuuhu