Tuesday 26 February 2013

ugUTAN bunuh...ngeh..ngeh..


Salam..

Tajuk memang xblahkan?   Kena ugutan bunuh?  Logic ke?
Sebenarnye, hari ni banyak sungguh staff call aku Tanya kenapa company tak bayar gaji diorang untuk cuti CNY.

Aku ni hR so mmg keje aku la kalau bab kira-kira gaji ni. Untuk site kt Pahang xde masalah sangat sebab diorang ni dah lama keje dgn company aku tp the problem is kat SITE BINTULU.

Project Manager dari Bintulu cll bos aku lepas to boss aku pass cll dia kat aku sebab dia nak sembayang.


Bila angkat je phone, terus si mamat ni Tanya kenapa tak bayar gaji dia . Dia ni orang Iban jadi percakapan dia agak kasar taupun direct aku cakap agak kurang ajar.
Aku ni dengan nada sopan santunnye explain la kat dia, company tak bayar gaji dia untuk CNY sbb dia absent or senang cakap ponteng keje pada 9/2/2013, iaitu hari sabtu. Pekerja kat site kena keje dari hari isnin sampai sabtu.

Kalau ikut labour union sataf tak entitle untuk dapat gaji normal taupun triple kalau dia absent sebelum ataupun selepas Cuti PUBLIC HOLIDAY. Contohnye Kalau public holiday jatuh hari rabu, hari selasa dengan khamis kena datang keje, kalau tak company takkan bayar normal pay.


Tapi si mamat ni dia absent so memagla dia xdapat gaji untuk CNY to.
Dia cakap kenapa tak explain yang kena datang keje untuk entitle  Gaji CNY 2, then aku cakap macam mana nak explain?  Dia boleh minta admin kat bintulu tolong explain kat dia.
Then aku Tanya dia kalau tak tahu kenapa tak Tanya, dia diam.
Lepas 2 aku kena sembur, dia cakap nape tak explain dalam kontrak, aku jawab kat dia sebelum sain kontark de baca x isi dalam kontrak 2? Kontrak yang diorang sign ni bukan bodoh-bodoh pnye kontrak, kontrak ni kena tunjuk kat labour Union dulu br boleh approve  untuk staff.


Tak habis lagi nie, lepas je aku cakap cam 2 dia still cakap..cakap..cakap..n cakap…NON STOP.


Ayat last dia sebelum letak telefon, dia cakap kalau aku turun Bintulu, dia akan cekik aku, and makan aku. Then telefon to Project Manager ambil balik dan dia cakap nanti dia akan call balik.

agaknye kalau aku pergi bintulu, cam ne la dia kejar aku kan??

Sebenarnye Project Manager ataupun Admin kat Bintulu susah nak explain kat staff Bintulu sebab diorang ni berbangsa India yang datang dari Negeri India. Staff pulak orang Iban la, Malanau la, so masalah communication la kat sana.

Wednesday 13 February 2013

nak balik kampung

hi ...

Malam ni sya and family akan balik kampung, 
                     insyaallah.

Orang balik minggu lepas tapi aku minggu ni baru nak balik.
               aku balik ni sebab my brother nak kawen hari sabtu ni.

balik kali ni blh la jumpe my sister, 

dah lama xjmpe dia and family dia, last kitaorang jumpe raya hari 2 . 
                                Farhan pun dia xpernah jumpe lagi,      
                                      asyik tengok kat FB je.
excitednye nak balik kampung, walaupun tah baju untuk kenduri ni siap ke tak lagi pun aku xtahu la..hmm
tapi harap-harap siap la. 

wish our family hv a safe journey..amin


Friday 8 February 2013

Kecawa..huhuhu campur Sedihh


Mood: kecewa

Mungkin kebanyakkan org rasa happy hr ni sbb esk dah mula cuti CNY and maybe dah ada yg balik kampong malam ni.
Tapi aku, tak balik kampong pun, duduk la kat kL ni sorang-sorang.
Hari ni barang yang aku dengan best frez aku order sampai, lepas tengok barang to mood agak sedih sebab benda tu bukan la yang macam aku nak…huhuhu

Dah sedih pasal baju to satu hal, ni satu hal lagi.
Tengah hari tadi baju yang aku cadang nak pakai untuk kenduri abang aku kahwin minggu depan dah siap.cuba la try baju tu…

Sangat kecewa sebab baju tu besar, sedih sangat sebab baju tu ialah hantaran kahwin dari pihal leleki  kepada pihak perempuan waktu aku kahwin dulu.
Dah la beli mahal, tempah pun mahal tp bl dah siap..hmmm



Tuesday 5 February 2013

PenGalaman BerSALIN Bhgan 2


12/11/2012   4.00 ptg

Aku ditolak masuk ke labour room, kt hospital sultanah bahiyah ni sorang pesakit sorang bilik and de sorang doctor.
Kat bilik aku ada doctor perempuan, tapi doctor pelatih.Alhamdullillah dapat doctor puan.
Kt labour room kena seluk lg, kali ni doctor perempuan to yang seluk, dah 4cm bukaan.
Rasa sakit dah mula datang bertubi-tubi. Rasa sangat-sangat tak tahan. Sampai aku cakap kat nurse “saya nak opeate” tp nurse wat tak layan je.
Oleh sebab nurse to tengok aku ni macam dah tak larat sangat so dia bagi la ubat tahan sakit. Mula2 dia cucuk je ubat to tapi sebab xde kesan dia bagi gas pulak.
Lepas je dapat gas aku terus tertido.


5.58 ptg.

Aku dikejutkan oleh seorang doctor lelaki berbangsa cina, dokter ni baru je ditranfer ke hospital ni.dia cakap nak check bukaan and ada seorang nurse perempuan yang tolong dia. Aku de dengar dia cakap dah 7 cm tp xfull lg. maksudnya baby dah boleh kuar tapi bukaan tak penuh lg.
Tak lama lepas to, doctor pakar untuk bersalin ni semua berkumpul kt labour room aku, de meleyu, cina and india. Perempuan pun ada, leleki pun ada. Diorang datang nak check lagi bukaan aku ni sebab diorang cakap mustahil dalam masa 2 jam dah buka sampai 7 cm. Meaning that diorang tak percaya kt doctor cina yang check tadi. So sorang doctor perempuan seluk dan dia cakap 4 cm lg, and de sorang doctor lelaki kt labour room to cakap macam mana tadi doctor Lee check dah 7 cm??
Lepas  je kena seluk aku mula rasa sakit balik, ubat tahan sakit tadi dah xde makna.
Dah mula meraung macam orang gila pun ada jugak. Rasa macam baby nak kuar pun dah ada.
Doctor pesan jagn teran, tapi aku teran sbb tak tahan sangat. Bila aku cakap baby dah nak kuar xde doctor nak percaya and diorang nasihatkan nurse supaya jangan layan sangat.


Aku minta suruh yasin daripada sorang nurse ni, aku baca yasin dalam keadaan menjerit sebab aku tak tahan sangat. Dan dalam pada masa yang sama aku marah sangat dengan husband sebab dia xde, JANJI nk teman tapi xde pun. Sedih sangat.



6.30 ptg

Tiba-tiba je rasa macam baby betul-betul nak kuar, aku teran and at the same time aku jerit “Doctor saya dah teran”. Aku jerit sbb xde sorang doctor tau nurse pun dalam bilik too. Doctor lelaki yang check bukaan tadi datang and dia cakap baby dah nak kuar, dia panggil nurse untuk wat preparation.
Tepat jam 6.58 baby lelaki seberat 2.68 kg kuar. Alhamdullillah semua selamat.