Thursday, 2 May 2013


Jom balik mengundi

Hi you ouls.. hari ni jumaat 3/5/2013 maksudnye lg 2 hari mengundi,
nak balik mengundi tak ea?  



Ermmmm……


Actually my husband belum register pun sebagai pengundi so aku je la yang boleh mengundi and mengundi nun di Kedah sana.


Mula pikir macam tak nak balik sebab cuti pun tak apply, accually cuti apply tp apply hari selasa.




Apply pun sebab pengasuh anak balik kampong mengundi sampai hari selasa. So aku dengan husband decide, dia cuti hari isnin and aku cuti hari selasa.

Tp bila pikir-pikir balik macam rugi pulak tak balik sebab cuti banyak hari And one more thing dah lama mak tak tengok cucu dia si Farhan to..

So tengok la besok sama de nak balik ke x…


Mari lah mari…
Pergi mengundi…

Tunaikan kewajipan…bla..bla..bla..lupe lirik la pulak










Friday, 26 April 2013

Tuesday, 26 February 2013

ugUTAN bunuh...ngeh..ngeh..


Salam..

Tajuk memang xblahkan?   Kena ugutan bunuh?  Logic ke?
Sebenarnye, hari ni banyak sungguh staff call aku Tanya kenapa company tak bayar gaji diorang untuk cuti CNY.

Aku ni hR so mmg keje aku la kalau bab kira-kira gaji ni. Untuk site kt Pahang xde masalah sangat sebab diorang ni dah lama keje dgn company aku tp the problem is kat SITE BINTULU.

Project Manager dari Bintulu cll bos aku lepas to boss aku pass cll dia kat aku sebab dia nak sembayang.


Bila angkat je phone, terus si mamat ni Tanya kenapa tak bayar gaji dia . Dia ni orang Iban jadi percakapan dia agak kasar taupun direct aku cakap agak kurang ajar.
Aku ni dengan nada sopan santunnye explain la kat dia, company tak bayar gaji dia untuk CNY sbb dia absent or senang cakap ponteng keje pada 9/2/2013, iaitu hari sabtu. Pekerja kat site kena keje dari hari isnin sampai sabtu.

Kalau ikut labour union sataf tak entitle untuk dapat gaji normal taupun triple kalau dia absent sebelum ataupun selepas Cuti PUBLIC HOLIDAY. Contohnye Kalau public holiday jatuh hari rabu, hari selasa dengan khamis kena datang keje, kalau tak company takkan bayar normal pay.


Tapi si mamat ni dia absent so memagla dia xdapat gaji untuk CNY to.
Dia cakap kenapa tak explain yang kena datang keje untuk entitle  Gaji CNY 2, then aku cakap macam mana nak explain?  Dia boleh minta admin kat bintulu tolong explain kat dia.
Then aku Tanya dia kalau tak tahu kenapa tak Tanya, dia diam.
Lepas 2 aku kena sembur, dia cakap nape tak explain dalam kontrak, aku jawab kat dia sebelum sain kontark de baca x isi dalam kontrak 2? Kontrak yang diorang sign ni bukan bodoh-bodoh pnye kontrak, kontrak ni kena tunjuk kat labour Union dulu br boleh approve  untuk staff.


Tak habis lagi nie, lepas je aku cakap cam 2 dia still cakap..cakap..cakap..n cakap…NON STOP.


Ayat last dia sebelum letak telefon, dia cakap kalau aku turun Bintulu, dia akan cekik aku, and makan aku. Then telefon to Project Manager ambil balik dan dia cakap nanti dia akan call balik.

agaknye kalau aku pergi bintulu, cam ne la dia kejar aku kan??

Sebenarnye Project Manager ataupun Admin kat Bintulu susah nak explain kat staff Bintulu sebab diorang ni berbangsa India yang datang dari Negeri India. Staff pulak orang Iban la, Malanau la, so masalah communication la kat sana.

Wednesday, 13 February 2013

nak balik kampung

hi ...

Malam ni sya and family akan balik kampung, 
                     insyaallah.

Orang balik minggu lepas tapi aku minggu ni baru nak balik.
               aku balik ni sebab my brother nak kawen hari sabtu ni.

balik kali ni blh la jumpe my sister, 

dah lama xjmpe dia and family dia, last kitaorang jumpe raya hari 2 . 
                                Farhan pun dia xpernah jumpe lagi,      
                                      asyik tengok kat FB je.
excitednye nak balik kampung, walaupun tah baju untuk kenduri ni siap ke tak lagi pun aku xtahu la..hmm
tapi harap-harap siap la. 

wish our family hv a safe journey..amin


Friday, 8 February 2013

Kecawa..huhuhu campur Sedihh


Mood: kecewa

Mungkin kebanyakkan org rasa happy hr ni sbb esk dah mula cuti CNY and maybe dah ada yg balik kampong malam ni.
Tapi aku, tak balik kampong pun, duduk la kat kL ni sorang-sorang.
Hari ni barang yang aku dengan best frez aku order sampai, lepas tengok barang to mood agak sedih sebab benda tu bukan la yang macam aku nak…huhuhu

Dah sedih pasal baju to satu hal, ni satu hal lagi.
Tengah hari tadi baju yang aku cadang nak pakai untuk kenduri abang aku kahwin minggu depan dah siap.cuba la try baju tu…

Sangat kecewa sebab baju tu besar, sedih sangat sebab baju tu ialah hantaran kahwin dari pihal leleki  kepada pihak perempuan waktu aku kahwin dulu.
Dah la beli mahal, tempah pun mahal tp bl dah siap..hmmm



Tuesday, 5 February 2013

PenGalaman BerSALIN Bhgan 2


12/11/2012   4.00 ptg

Aku ditolak masuk ke labour room, kt hospital sultanah bahiyah ni sorang pesakit sorang bilik and de sorang doctor.
Kat bilik aku ada doctor perempuan, tapi doctor pelatih.Alhamdullillah dapat doctor puan.
Kt labour room kena seluk lg, kali ni doctor perempuan to yang seluk, dah 4cm bukaan.
Rasa sakit dah mula datang bertubi-tubi. Rasa sangat-sangat tak tahan. Sampai aku cakap kat nurse “saya nak opeate” tp nurse wat tak layan je.
Oleh sebab nurse to tengok aku ni macam dah tak larat sangat so dia bagi la ubat tahan sakit. Mula2 dia cucuk je ubat to tapi sebab xde kesan dia bagi gas pulak.
Lepas je dapat gas aku terus tertido.


5.58 ptg.

Aku dikejutkan oleh seorang doctor lelaki berbangsa cina, dokter ni baru je ditranfer ke hospital ni.dia cakap nak check bukaan and ada seorang nurse perempuan yang tolong dia. Aku de dengar dia cakap dah 7 cm tp xfull lg. maksudnya baby dah boleh kuar tapi bukaan tak penuh lg.
Tak lama lepas to, doctor pakar untuk bersalin ni semua berkumpul kt labour room aku, de meleyu, cina and india. Perempuan pun ada, leleki pun ada. Diorang datang nak check lagi bukaan aku ni sebab diorang cakap mustahil dalam masa 2 jam dah buka sampai 7 cm. Meaning that diorang tak percaya kt doctor cina yang check tadi. So sorang doctor perempuan seluk dan dia cakap 4 cm lg, and de sorang doctor lelaki kt labour room to cakap macam mana tadi doctor Lee check dah 7 cm??
Lepas  je kena seluk aku mula rasa sakit balik, ubat tahan sakit tadi dah xde makna.
Dah mula meraung macam orang gila pun ada jugak. Rasa macam baby nak kuar pun dah ada.
Doctor pesan jagn teran, tapi aku teran sbb tak tahan sangat. Bila aku cakap baby dah nak kuar xde doctor nak percaya and diorang nasihatkan nurse supaya jangan layan sangat.


Aku minta suruh yasin daripada sorang nurse ni, aku baca yasin dalam keadaan menjerit sebab aku tak tahan sangat. Dan dalam pada masa yang sama aku marah sangat dengan husband sebab dia xde, JANJI nk teman tapi xde pun. Sedih sangat.



6.30 ptg

Tiba-tiba je rasa macam baby betul-betul nak kuar, aku teran and at the same time aku jerit “Doctor saya dah teran”. Aku jerit sbb xde sorang doctor tau nurse pun dalam bilik too. Doctor lelaki yang check bukaan tadi datang and dia cakap baby dah nak kuar, dia panggil nurse untuk wat preparation.
Tepat jam 6.58 baby lelaki seberat 2.68 kg kuar. Alhamdullillah semua selamat.







Tuesday, 22 January 2013

PengalaMan BerSALIN bhgAN 1



HI….


Rasanye dah bape bulan xupdate blog kan?...sibuk cikit, maklum la dah jadi ibu kan?
Kali ni nak cite cikit pasal pengalaman bersalin aku hari tu. Ikutkan due 13.11.2012 tp bby nak kuar awal sehari, 12.11.2012 pukul 6.58 ptg dah kuar. Entry kali ni panjang cikit,  yang kat bawah ni nanti ada sambungan lagi..

11.11.2012 (11 pagi)


Hubby: sayang xrasa ape2 lg ke?

Aku: blm lg la,…hmm

Hubby: bl la anak nk kuar ni, abg dh xlrt nk tunggu kt cni. Klu syg bgthu sakit je trus abg drive blik.

Aku: dh xsakit lg kan, nk wat cam ne.

Hubby: klu rs sakit jgn lpe cll bgthu.

Aku: ye, thu la. Bye2

Tak lama lepas 2 aku pegi bilik sbb rasa nk terkucil then tgk kt pantiliner ada darah. Time 2 rasa happy pn ada, tkut pn ada, excited pn ada
Trus masuk blik and call my husband.

Aku: Hello, Abg blik.
Hubby: balik?? Nape?
Aku: xnak blik ke? Kan tadi cakap nak balik., Balik la..
Hubby: nape? Dah sakit ke?
Aku: ye,
Hubby: tipu lah.
Aku: betul la, blik cpt?
Hubby: ok3XXX, nnt abg sampai. Klu sakit cll tau.
Aku: yes boss.

Oleh sbb macam tak percaya je aku ni dah turun tanda, then aku pun call kak aku and tanya dia aku ni betul ke  dah turun tanda.
Pas2 dia cakap betul lah, tp mgkin lambat lagi baru baby nak kuar.



11.11.2012 ( 6.00 Ptg)

My husband sampai kampung, and dia tanya rasa sakit tak lg, aku cakap dah xrasa ape2 lg Cuma darah turun je.
Hubby: , ada bagitahu mak tak yang dah turun darah
Aku:Dah
Hubby: Mak ckp ape?
Aku: xcakap ape pn2, lambat lg baby nak kuar.



11.11.2012 (12.00 tgh malam)

Tengah best tido, tiba-tiba terjaga…rasa semacam je.
Dari pukul 12 sampai la pkl 2 aku xboleh tido. Rasa basah je sebab air ketumban dah pecah. Nak kejut my husband tp kesian pulak kt dia sbb tengok dia tido nyenyak sangat.



12.11.2012 (2.00pagi)


Dah tak boleh tahan sebab air ketumban kuar macam air paip, tilam pun dah basah habis.
Aku: Abg air ketumban syg dah pecah.
Hubby: huh??
(Dia terus bangun pakai baju & siap nak pg hospital)
Aku: Abg mandi la dulu, ni cuci muka pun tak terus nak pakai baju:
Hubby: Kan air ketumban syg dah pecah.
Aku: Memang la, tp xsakit lg pn, sempat lagi nak mandi.
Lepas tu, terus kejut mak. Semua siap nak pergi hospital.



12.11.2012 (4.00 pagi)

Sampai  je kat hospital, terus pergi daftar. Masa tu walaupun air ketumaban aku ni dah kuar macam air paip tapi aku langsung tak de rasa sakit.
Bila dah settle registration, nurse panggil untuk check bukaan, nurse perempuan yang check, nasib baik la tak de rasa sakit sangat waktu dia check tu. Dah 2 cm so kn masuk wad.



12.11.2012 (6 pagi)

Aku masuk wad pukul 6 pagi, lepas dah masuk wad aku suruh mak dengan suami balik rumah sebab aku xde rasa sakit lagi, lagipun cian kat diorang xde tempat diaorang nak rehat.
Tapi aku cakap kt suami nanti pukul 12 datang bawa makanan, sebab makanan hospital xsedap.
Lepas je my husband balik aku dah mula rasa kontraksi, hanya Tuhan je yang tahu cam ne sakit kontraksi tu. Memang sakit sangat, macam sakit sengugut tapi 10 kali ganda lagi sakit.
Tiap kali rasa sakit tu datang aku cuma boleh istigfar dan pegang kaki katil je. Tiap kali sakit tu datang, aku akan pejam mata rapat-rapat. Ya Allah sakit sangat, air mata sentiasa mengalir. Untuk hilangkan rasa sakit, aku baca yasin berulang kali, sakit tetap ada tp Alhamdulillah dah kurang sikit.
Waktu tengah sakit tu, aku terpikir cam ne la mak aku dulu yang lahirkan kami adik beradik 5 orang, aku yang sorang ni pun dah mula terpikir lepas ni dah xnak dah.



12.11.2012  (11.00 pagi)

Untuk kali kedua nurse check bukaan, kali kedua kena seluk dah mula rasa sakit walaupun doctor perempuan yang buat. Doktor tu cakap nanti pukul 3 kena check lagi sekali kalau dah buka 3 cm diorang akan bawa pergi dewan bersalin.
My husband hantar nasi pukul 1, dia tanya sakit ke. Aku cm boleh senyum  dalam tangisan je.
Waktu tu mengadu kat dia sakit sangat, Masa tu tiap 15 minit aku rasa sakit, dan tiap kali sakit tu datang aku akan pegang tangan my husband kuat-kuat.



12.11.2012 (3.00 ptg.)


Kena tinggal dengan suami sebab masa melawat dah habis, tp dia ada je kt luar. Kali ni doctor check dah buka 3 cm, Alhamdulillah bby dah nak kuar.
Aku ditolak masuk labour room, tapi malangnye aku tak sempat jumpe my husband, nk hntar mesej kat dia pun tak sempat. Aku pun dah tak thu sama de dia dah balik taupun de kat hospital lg.
Kalau diikutkan dia akan teman aku masuk labour room, tapi malang sekali sbb aku tak sempat pun nak inform dia yang aku dah masuk labour room….

--------------nanti sambung lg ye…………..